Oleh Wartawan TV Pertiwi
Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohammad Ab Rahman menyatakan kesediaan jika pasukannya dikerahkan ke Syria.
Mohammad berkata bukan sahaja ke Syria malah ke negara yang darahkan kerajaan untuk menjalankan misi pengaman, lapor Malaysia Gazette.
“Kita fokus kepada misi yang diberi kepada kita iaitu di Lubnan.
“Sekiranya ada keperluan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk kita menyertai misi-misi yang lain, kepimpinan negara akan membuat pertimbangan.
“Sekiranya mereka menyatakan bersetuju untuk itu, kita akan hantar anggota kita. Di mana-mana sahaja bukan sahaja di Syria,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menganugerahkan pingat kepada Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang berjaya melaksanakan misi pengaman di Lubnan.
Pejuang Hayat Tahrir Al-Sham (HTS) berjaya menggulingkan pemerintahan Presiden Syria, Bashar Al-Assad minggu lalu selepas 24 tahun memegang kuasa.
Assad dilaporkan melarikan diri ke Rusia selepas puak HTS berjaya menawan bandar terbesar di Syria, Aleppo.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI