Oleh Wartawan TV Pertiwi
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa masyarakat antarabangsa menghormati peralihan kuasa yang sedang berlaku di Syria.
Perdana Menteri berkata Malaysia memantau rapat perkembangan di Syria selain menggesa peralihan kuasa berjalan secara aman, lapor Utusan Malaysia.
“Malaysia akan sentiasa memantau situasi ini, dan menyeru semua negara menghormati keputusan itu.
“Kita juga menyeru segala transisi politik yang berlaku berlangsung tanpa ada konflik dan kekerasan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik Rusia – Dunia Islam yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.
Pemerintahan keluarga bekas presiden Syria Bashar Al- Assad berakhir Isnin lalu selepas pejuang Hayat Tahrir Al-Sham (HTS) berjaya menguasai bandar Aleppo.
Assad yang memegang kuasa selama 24 tahun melarikan diri ke Moscow dan disahkan oleh media Rusia.
HTS yang melancarkan serangan sejak hujung November berjaya mengusir tentera kerajaan dari bandar utama seperti Aleppo, Hama, dan Homs.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI