Perdana Menteri tidak boleh ulas Titah Adendum, kata Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Selasa – Isu adendum berkaitan kes Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dijawab atau diulas secara terbuka kerana ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong (YDP) dan Lembaga Pengampunan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Beliau berkata, undang-undang negara tidak membolehkan seorang Perdana Menteri mengulas isu berkaitan Lembaga Pengampunan sehingga diperkenan atau diputuskan oleh YDP Agong.

 

“Soal adendum, kita (kerajaan) tak boleh jawab kerana kes itu melibatkan Agong dan Lembaga Pengampunan.

 

“Pengerusinya YDP Agong. Sejak bila kita boleh bahas? Sehingga dibawa ke mahkamah, itu lain, mahkamah putuskan,” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

 

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddn Hassan yang meminta kerajaan mengesahkan atau menafikan kewujudan titah adendum daripada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi YDP Agong.

 

Semalam, Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Mahkamah Rayuan telah menetapkan pendengaran bagi rayuan Najib selaku perayu terhadap keputusan Mahkamah tinggi menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan perayu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan titah adendum pada 6 Januari tahun depan.

 

Justeru, katanya, semua pihak diminta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis memandangkan rayuan dan notis usul tersebut masih belum diputuskan oleh mahkamah.

 

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, isu itu hanya akan dijelaskan selepas ia sudah diputuskan oleh mahkamah.

 

Beliau berkata, penjelasan yang diberikan oleh menteri-menteri sebelum ini berkaitan perkara terbabit adalah berdasarkan rujukan dibuat oleh Jemaah Menteri.

 

“Sehingga kes ini dimuktamadkan dan sehingga YDB Agong sendiri perkenan, tidak boleh kita sentuh. 

 

“Ini kita tahu sole discretion (budi bicara mutlak) dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan,” tambahnya.

 

Dalam pada itu, Anwar tindakan pembangkang yang sering mempertikaikan isu ini sebagai sikap hipokrit memandangkan kecaman yang dibuat terhadap Najib sebelum ini.

 

“Sikap hipokrit ini kerana kecaman terhadap Najib itu memang jauh lebih besar, atas nama individu, atas nama parti.

 

“Ini depan Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) saya sebut memang saya di antara yang bawa kes menentang soal 1MDB, tetapi bila seorang itu dah dipenjarakan, ada pertimbangan ehsannya.

 

“Memang sebab itu, dan tanggungjawab saya, bila ada rayuan untuk dipertimbangkan, saya kemuka kepada YDP Agong tak boleh kita ketepikan,” tambahnya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PAS bimbang enam mudarat pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 2024

Next Post

PBB rayu bantuan asas ubat, makanan di Syria

Related Posts