Israel lancar serangan besar-besaran terhadap Syria

Negara haram Israel melancarkan operasi serangan terbesar dalam sejarah tentera udaranya terhadap Syria sejak pentadbiran Presiden, Bashar al-Assad tumbang.

 

Menurut laporan antarabangsa, sebanyak 250 lokasi telah menjadi sasaran Israel.

 

Aljazeera yang memetik sumber ketenteraan Israel, berkata, lokasi yang disasarkan termasuk pangkalan tentera Syria, sistem peluru berpandu, dan kilang dan gudang.

 

Media itu turut melaporkan bahawa serangan yang dilancarkan Israel dibuat secara sistematik dengan serangan banyak tertumpu terhadap pangkalan tentera Syria.

 

“Hari ini, tiga lapangan udara utama diserang, satu di Qamishili yang terletak di utara Syria, satu lagi di Homs yang terletak di bandar ketiga terbesar di negara itu dan lapangan terbang di Damascus.

 

“Bukan sahaja mereka menyerang pangkalan tentera udara. Mereka (Israel) turut menyerang fasiliti strategik termasuk ibu pejabat ketenteraan dan depoh peluru.  

 

“Mereka turut menyerang lokasi yang didakwa menjadi gudang senjata kimia serta kilang pembuatan,” demikian menurut laporan berkenaan.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kadir: Ananda Krishnan bukti manfaat kerajaan Melayu

Next Post

PAS bimbang enam mudarat pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 2024

Related Posts