Rusia sahkan Assad, keluarga selamat tiba di Moscow

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Sumber Rusia memaklumkan Presiden Syria yang disingkirkan, Bashar Al-Asad kini mendapat perlindungan Moscow. 

Agensi berita TASS dan Ria Novosti memaklumkan Rusia juga memberi jaminan keselamatan kepada puak pemberontak yang menggulingkan Assad, lapor AFP. 

 

“Assad dan ahli keluarganya sudah tiba di Moscow. Rusia memberikan mereka suaka kemanusiaan. 

 

“Rusia sering berpihak kepada penyelesaian politik krisis di Syria. 

 

“Kami menggesa kepada perlunya rundingan semula yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” menurut sumber itu. 

 

Campur tangan Rusia bermula sejak 2015 dengan menyokong kerajaan Assad memerangi pemberontak di Syria. 

 

Rusia hari ini menggesa satu mesyuarat tertutup diadakan di Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung konflik semasa di Syria. 

 

Katanya, mesyuarat berkenaan penting bagi menilai situasi semasa yang berlaku di Syria.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

NUBE gesa campur tangan Bank Negara, hentikan fi RM1 ATM

Next Post

Pesakit terkandas di ICU, hospital Gaza rayu henti serangan

Related Posts