Puad gesa PKR jujur titah adendum jika mahu kerajaan bertahan

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menggesa PKR berlaku jujur dalam isu titah adendum membabitkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. 

 

Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata kejujuran merupakan elemen terpenting dalam memastikan kerjasama kerajaan campuran mampu bertahan lama.

 

“Justeru PKR harus jujur dalam isu titah adendum. Kerajaan Madani boleh bertahan lama jika kejujuran wujud. 

 

“Tanpa kejujuran, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang dalam tempoh 17 bulan,” coretnya menerusi kiriman di laman Facebook miliknya hari ini.

 

Datuk Mohamad Nizar Najib pada Khamis mendakwa menerima dokumen daripada Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu berhubung kewujudan titah adendum.

 

Anak sulung Najib itu berkata dokumen tersebut diterima pada 2 Disember lalu atas arahan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

Dalam perkembangan sama, Puad berkata Barisan Nasional (BN) senada mahu Najib diberikan perbicaraan yang adil menjurus kepada pembebasan bekas perdana menteri itu.

 

“Semalam BN sepakat mahu Najib diberikan perbicaraan yang adil dan dibebaskan. Ini namanya setiakawan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” katanya. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hina penjual minuman, Utusan Khas Presiden Indonesia letak jawatan

Next Post

NUBE gesa campur tangan Bank Negara, hentikan fi RM1 ATM

Related Posts