Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah pertuduhan edar kanabis

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – Muhammad Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram, 6 September lepas.

 

Bekas pembantu penyelidik itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim Datuk Muhammad Hamil Hussin selepas kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

 

Menurut Bernama, mahkamah kemudian menetapkan sebutan kes pada 13 Disember depan.

 

Tedahulu, peguam mewakili Muhammad Yusoff, Rafique Rashid Ali memohon mahkamah menetapkan 13 Disem untuk sebutan kes berikutan anak guamnya mempunyai satu lagi kes di bawah Akta Senjata di Mahkamah Majistret pada tarikh sama.

 

Permohonan itu tidak dibantah oleh TImbalan Pendakwa Raya , Mohd Sabri Othman.

 

Pad 12 November lalu, Mahkamah Majistret membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes dadah dihadapi Muhammed Yusoff ke Mahkamah Tinggi. 

 

Muhammed Yusoff didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram,d alam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, 6 September lepas.

 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

 

Dia juga didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara, pada 9.25 pagi tarikh sama.

 

Tertuduh yang mengakut tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. – BERNAMA

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan kaji dengan teliti berdagang guna matawang selain AS dolar – Menteri

Next Post

Hina Speaker di TikTok, MP PAS digantung 10 hari

Related Posts