Dakwaan melepaskan air Empangan Pergau di Kelantan palsu – TNB

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Jumaat – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan yang tular kononnya Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air.

 

Akaun Facebook TNB CareLine hari ini memaklumkan bahawa paras air di empangan itu berada pada paras normal dan terkawal.

 

“Pengurus stesen juga telah memaklumkan status terkini empangan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan Jawatankuasa Bencana Daerah Jeli.

 

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat,” katanya.

 

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dinasihatkan menghubungi TNB menerusi aplikasi pesanan di Facebook TNB CareLine dan X @Tenaga_Nasional.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tukar nama universiti tidak selesaikan isu beras – Radzi

Next Post

NGO lancar petisyen desak King Sing letak jawatan

Related Posts