Sekurang-kurangnya 19 rakyat Palestin syahid dalam beberapa siri serangan Israel di Gaza semalam.
Menurut laporan antarabangsa, empat rakyat Palestin dibunuh dalam serangan udara Israel terhadap dua kediaman di Beit Lahia yang terletak di utara Gaza.
Seorang lagi terbunuh dalam serangan di kawasan Saftawi di utara bandar Gaza manakala di wilayah tengah kawasan itu, tujuh dilaporkan terkorban dalam serangan di kem pelarian Nuseirat.
Sementara itu, empat rakyat Palestin dilaporkan terkorban dalam serangan udara Israel di pekan Abasan yang terletak di timur Khan Younis, selatan Gaza.
“Di pekan Qarara, utara Khan Younis, dua rakyat Palestin syahid dalam serangan dron Israel
“Di bandar Rafah, tentera Israel terus melancarkan operasi meletupkan rumah dan kawasan kediaman,” demikian menurut laporan Anadolu.
Israel melancarkan perang genosid di Gaza sejak Oktober tahun lepas yang mana jumlah kematian rakyat Palestin kini mencecah 44,300 orang dengan kebanyakan daripada angka terkorban itu adalah wanita dan kanak-kanak. – Anadolu Agency
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI