Banjir: Bekalan elektrik dihentikan di 30 kawasan Kelantan

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – Situasi banjir di Kelantan yang semakin teruk menyebabkan 17 pencawang elektrik di tujuh daerah terpaksa dihentikan bekalan elektrik setakat pagi ini.

 

Menurut Facebook TNB CareLine, kawasan yang terlibat ialah Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Machang, Pasir Mas, Bachok dan Kuala Krai.

 

Berdasarkan makluman itu, kawasan yang terlibat di Kota Baharu membabitkan G-Orange, Sekolah Kebangsaan Kadok, Taman Sri Kulim, Pusat Usahawan Melor, Taman Jaza dan Perumahan Hutan Pasir.

 

Di Pasir Puteh pula melibatkan DPS 9-12, BELB Sungai Gali, Kilang Bata Tasek Pauh dan Yik Tualang Tinggi.

 

Kawasan terjejas di Tanah Merah ialah Manal 1 dan 3, Manal Baru, Kilang Kayu manakala Pasir Mas melibatkan kawasan Prima Lubok Jong 1-3, Taman Desa Wirajaya 1-3, Kusar, Danau dan Serendah.

 

Di Machang melibatkan kawasan Kampung Tandak, Machang Indah, Limau Hantu, Taman Sri Kelaweh, Taman Setia Kasih, LPT Tok Cuba, Wakaf Indah, Kampung Buchit dan Belukar Panjang.

 

Selain itu, di Bachok ialah Wakaf Aik manakala Kuala Krai di kawasan Taman Warisan.

 

“Sekiranya banjir bertambah buruk, berisiko serta membahaya keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat

 

Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Jauhi pepasangan elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlakunya kebocoran arus,” demikian peringatan daripada TNB CareLine.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mahmoud Abbas umum Rawhi Fattouh sebagai Presiden interim PA

Next Post

Banjir semakin memburuk, jumlah mangsa hampir cecah 36,000 melibatkan 6 negeri

Related Posts