Oleh Wartawan TV Pertiwi
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri 15r43l Benjamin Netanyahu boleh memohon suaka untuk berlindung di Malaysia.
Bekas perdana menteri itu berkata Malaysia tidak meraktifikasi Statut Rom maka tiada keperluan untuk menyerahkan Netanyahu ke muka pengadilan.
“Statut Rom digagaskan pada 17 Julai 1998 di Rom dan berkuatkuasa pada 1 Julai 2002 berfungsi sebagai perjanjian asas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
“Statut berkenaan menekankan tanggungjawab kepada negara ahli bekerjasama dengan ICC termasuk menahan dan menyerahkan suspek.
“Malaysia tidak meraktifikasi Statut Rom. Ini bermakna Netanyahu dan individu lain yang dinamakan ICC boleh berlindung di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi coretan di aplikasi X mengulas waran tangkap Netanyahu oleh ICC.
ICC minggu lalu mengeluarkan waran tangkap kepada Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant.
Pendakwa raya ICC, Karim Khan berkata waran tangkap turut dikeluarkan kepada pemimpin H4m45, Ibrahim al-Masri.
Katanya, waran tangkap itu dikeluarkan susulan pembabitan mereka dalam jenayah perang di G4z4 dari 7 Oktober 2023 hingga 20 Mei lalu.
Tun Mahathir berkata pendirian Malaysia sama seperti Amerika Syarikat, China dan Rusia yang tidak meraktifikasi Statut Rom.
Katanya, sehingga kini lebih 120 negara sudah meraktifikasi Statut Rom yang mampu memberkas suspek yang dikehendaki ICC.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI