Oleh: Tyah Helmi
BANGI. Rabu – Perdana Menteri Amerika Syarikat, Joe Biden memaklumkan bahawa Israel dan Lubnan bersetuju terhadap cadangan gencatan senjata semalam.
Dalam ucapannya di Washington, Biden berkata, gencatan senjata itu akan bermula hari ini dan akan berlangsung sekurang-kurangnya dalam tempoh 60 hari.
Bagaimanapun, seorang pegawai kanan AS memaklumkan proses gencatan senjata dan sesi pengunduran tentera rejim haram dari bumi Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Sebaliknya, pengunduran tentera-tentera Isr4el akan dilaksanakan secara berperingkat yang dijangka selesai dalam tempoh 60 hari.
Pada masa yang sama, Biden berkata, peperangan rentas sempadan Israel-Lubnan ini akan kekal berakhir sekaligus menghentikan permusuhan yang kekal.
“Keamanan yang kekal untuk rakyat Israel dan Lubnan tidak boleh dicapai hanya melalui peperangan,
“Oleh itu, saya telah mengarahkan pasukan saya untuk bekerjasama dengan Israel dan Lubnan bagi mencapai persetujuan gencatan senjata,” kata Biden.
Dalam pada itu, Biden turut dilihat berat sebelah apabila tidak membenarkan infrastruktur milik pejuang Hizbullah di Selatan Lubnan dibina semula.
Tegasnya, hanya pembinaan semula rumah, sekolah, ladang, perniagaan milik rakyat Lubnan sahaja dibenarkan dengan alasan agar orang awam di kedua-dua belah pihak dapat kembali ke komuniti dan kehidupan mereka semula.
Tambahnya, AS tidak akan menghantar tenteranya ke Lubnan namun hanya akan bekerjasama bersama Israel dan Lubnan demi memastikan perjanjian gencatan senjata tersebut dapat dilaksanakan sepenuhnya. – Al Jazeera
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI