DNAA Najib, Mohd Irwan: Jangan tuding jari pada mahkamah – Rafique

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kiri) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Rabu – Jangan tuding jari pada mahkamah ekoran keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah daripada enam tuduhan pecah amanah, kata Rafique Rashid.

 

Ketua Penerangan Pejuang itu berkata, kuasa mendakwa kes pecah amanah bernilai hampir RM6.6 bilion itu adalah hak Peguam Negara.

 

Katanya, tugas menyediakan pertuduhan dan dokumen berkaitan keterangan sama ada wujudnya pecah amanah adalah tanggungjawab pendakwa raya.

 

Ujarnya, dokumen-dokumen tersebut kebanyakannya dicop sebagai ‘rahsia’ guna sekiranya status ‘rahsia rasmi tidak dipadam.

 

“Kerajaan yang ada kuasa untuk wujud dan padam cop rahsia rasmi. Siapa kerajaan sekarang?

 

“Antara dokumen yang ada cop rahsia rasmi adalah mesyuarat-mesyuarat Kabinet dan Kementerian Kewangan. Siapa menteri sekarang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Ketua Penerangan PEJUANG, Rafique Rashid

 

Rafique berkata, Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) amat jelas yang mana kuasa memadam status dokumen rasmi adalah pada menteri.

 

Justeru, Rafique yang juga seorang peguam mempersoalkan mengapa kerajaan tidak berbuat demikian.

 

“Mahkamah hanya boleh putus apa yang dibentang depannya. Apa pendakwa raya buat? 

 

“Cukuplah guna alasan konon mahkamah yang putuskan. Peguam Negara perlu jawab di Parlimen supaya Parlimen boleh semak dan imbang

 

“Jangan guna alasan DNAA boleh tuduh semula. Enam tahun buang masa,” tambahnya.

 

Media hari ini melaporkan Mahkamah Tinggi DNAA Najib dan Mohd Irwan daripada enam tuduhan pecah amanah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

 

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal menyerahkan ratusan dokumen berkaitan perbicaraan kepada pasukan pembelaan, walaupun pertuduhan difailkan sejak 2018.

 

Keputusan itu dibuat selepas hakim membenarkan permohonan Najib dan Mohd Irwan melalui permohonan notis usul difailkan kedua-dua tertuduh hari ini.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tun M: Tolak Statut Rom, Netanyahu boleh ‘berlindung’ di Malaysia

Next Post

Mahmoud Abbas umum Rawhi Fattouh sebagai Presiden interim PA

Related Posts