Bahasa kebangsaan dalam papan tanda, iklan menjadi keutamaan – DBP

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Selasa – Dewan Bahasa dan Pustaka menyokong sepenuhnya tindakan penguatkuasaan oleh Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pemilik premis yang mempamerkan iklan tanpa lesen saha serta tidak mengutamakan bahasa kebangsaan.

 

Dalam kenyataan semalam, DBP berkata, Undang-Undang Kecil Iklan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1982 menetapkan bahawa semua iklan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan.

 

Bagaimanapun, katanya, penggunaan bahasa asing pada papan tanda atau iklan tidak dilarang sama sekali.

 

“Walau bagaimanapun, perkataan dalam bahasa kebangsaan hendaklah diberikan keutamaan dari segi saiz dan kedudukan.

 

“Pemilik premis pastinya mengambil maklum akan undang-undang tersebut apabila memperbaharui lesen perniagaan setiap tahun,” katanya.

 

DBP berkata, amat mendukacitakan apabila pelanggaran terhadap undang-undang itu dibuat secara terang-terangan dengan pelbagai alasan.

 

Malah, katanya, terdapat segelintir pemilik premis yang berani menaikkan iklan yang tidak langsung menggunakan bahasa kebangsaan dan beroperasi tanpa lesen sah.

 

“Sebagai warga yang bertanggungjawab, kita seharusnya menghormati dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

 

“Tindakan ini selaras dengan salah satu prinsip Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang. 

 

“Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini bukan sahaja mencabuli undang-undang tetapi juga menunjukkan pengabaian terhadap tanggungjawab kita sebagai rakyat,” ujarnya.

 

Tambahnya, pematuhan undang-undang juga memainkan peranan penting dalam memastikan perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Syif 45 jam seminggu, menteri gesa jururawat bersabar

Next Post

Diskriminasi? Puad ajar King Sing jawab pelancong China

Related Posts