‘Saya tidak guna dana syarikat swasta’ – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Isnin – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kos lawatan rasminya ke luar negara baru-baru ini tidak menggunakan dana syarikat swasta.

 

Dalam ciapan di X, beliau berkata, kerajaan menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) untuk lawatan empat negara dengan kos RM1.6 juta adalah wang kerajaan.

 

“Baki tempat duduk ditawarkan kepada syarikat swasta yang sememangnya akan pergi ke negara-negara tersebut untuk tujuan pelaburan atau usaha sama.

 

“Syarikat ini bayar kos masing-masing berjumlah RM4.5 juta.

 

“Jika guna jet eksekutif kerajaan, kos perlu ditanggung kerajaan adalah RM2.5 juta untuk empat negara, namun dengan perkongsian ini, kos untuk kerajaan hanya RM1.6 juta.

 

Dalam ciapan itu, beliau turut mengulangi bahawa kerajaan tidak menggunakan dana syarikat swasta dan tiada perselisihan kepentingan.

 

Pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada minggu lalu, Anwar memaklumkan kos sekitar 70% hingga 80% yang dibelanjakan membabitkan perjalanan dan lawatan rasminya ke empat negara dibayar oleh syarikat swasta yang turut mengikuti urusan tersebut.

 

Bagaimanapun, jawapan itu dipersoalkan pelbagai pihak yang meminta kerajaan jelaskan perkara itu lebih terperinci kerana bimbang ia akan mencetuskan konflik terutama dari aspek kewujudan elemen kronisme.

 

Anwar sebelum ini mengadakan lawatan ke Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RUU pindaan Akta 588 diluluskan Mesyuarat Jemaah Menteri

Next Post

PERKASA nafi sertai parti politik, kekal bersuara sebagai NGO

Related Posts