Syarikat swasta taja kos lawatan PM cetus kebimbangan – MUDA

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Jumaat – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) meluahkan kebimbangan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendedahkan bahawa hampir 75% daripada kos perjalanan rasminya ke lima negara dibayar oleh syarikat swasta.

 

Dalam kenyataan semalam, MUDA melihat situasi itu akan mencetuskan kebimbangan apabila kepentingan korporat mungkin akan mula mempengaruhi keputusan kerajaan.

 

“Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat bahawa bergantung kepada syarikat swasta untuk membiayai lawatan negara boleh mewujudkan kumpulan sekutu korporat yang kuat.

 

“Ini berpotensi membawa kepada kronisme dan mendedahkan ketelusan kerajaan. 

 

“MUDA menggesa Perdana Menteri memberikan penjelasan berhubung perkara ini,” katanya.

 

Dalam persidangan Dewan Rakyat semalam, Anwar menjelaskan kos sekitar 70% hingga 80% yang dibelanjakan membabitkan perjalanan lawatan rasmi ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta yang turut mengikuti urusan itu.

 

Anwar menjelaskan, syarikat yang diundang adakah PETRONAS, Sapura Energy, Yinson, PROTON dan syarikat semikonduktor.

 

Dalam pada itu, MUDA mempersoalkan kriteria pemilihan syarikat terbabit untuk menaja lawatan tersebut faedah atau kelebihan daripada penajaan it.

 

“Adakah syarikat swasta lain yang mempunyai keupayaan dan sumber sama akan diberi peluang yang sama, memastikan kedailan dan ketelusan dalam proses pemilihan?

“Rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang beroperasi dengan standard integriti tertinggi, bebas daripada pengaruh korporat,” katanya sambil menambah parti itu menuntut akauntabiliti dan ketelusan daripada mereka yang berkuasa.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kegilaan Israel buatkan 88 lagi rakyat Palestin mati dibunuh di utara, Gaza

Next Post

Akaun X TV Pertiwi pula digantung

Related Posts