Oleh Kamil Awang
KUALA LUMPUR, 22 Nov — Kumpulan pejuang H4m45 menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap kepada Benjamin Netanyahu.
Setiausaha Pejabat H4m45 di G4z4, Dr Kamal Abu Aoun berkata keputusan itu sangat dialu-alukan walau usaha mengheret 15r43l ke ICC itu harus diketuai negara Islam.
“Saya mahu berterima kasih kepada Afrika Selatan kerana memfailkan kes terhadap 15r43l. Kami juga menghargai keputusan ICC mengeluarkan waran tangkap kepada Netanyahu.
“Kami mengalu-alukan langkah berikutnya agar keadilan dapat ditegakkan di P4l35t1n. Namun saya berasa kesal kerana tindakan tersebut dimulakan oleh negara bukan Islam.
“Kita tidak melihat negara Arab atau Islam memfailkan kes sama terhadap 15r43l. Sepatutnya usaha itu diketuai oleh negara Islam atau negara Arab,” katanya.
Kamal mengulas keputusan ICC semalam mengeluarkan waran tangkap kepada Perdana Menteri 15r43l dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant.
Pendakwa raya ICC, Karim Khan berkata waran tangkap turut dikeluarkan kepada pemimpin H4m45, Ibrahim al-Masri.
Katanya, waran tangkap itu dikeluarkan susulan pembabitan mereka dalam jenayah perang di G4z4 dari 7 Oktober 2023 hingga 20 Mei lalu.
Dalam perkembangan lain, Kamal berkata banyak keperluan diperlukan penduduk G4z4 ketika ini terutama menghampiri musim salji.
“Laporan dari G4z4 memaklumkan pada masa kini semua bantuan menjadi keutamaan. Mereka memerlukan makanan, baju, khemah, sayuran dan perubatan.
“Semuanya diperlukan dan menjadi keutamaan kepada mereka. Dengan hampir tiba musim salji, sangat susah bagi penduduk G4z4 di sana,” katanya.
Ketika ditanya kenangannya bersama bekas pemimpin H4m45, Al-Syahid Yahya Sinwar, Kamal berkata Yahya sangat mengambil tahu hal ehwal Masjid Al-4q54.
Katanya, serangan di kawasan Baitulmuqaddis sentiasa dijadikan suntikan semangat kepada pejuang untuk membebaskan Masjid Al-4q54.
“Salah satu kenangan bersama Yahya apabila kami pernah berada dalam satu bangunan. Menjadi kebiasaan beliau mengikuti perkembangan Masjid Al-4q54. Serangan yang berlaku.
“Beliau mengikuti rapat melalui media dan menggunakan itu sebagai semangat untuk memotivasikan ummah tentang hak dan kewajipan mereka terhadap Masjid Al-4q54.
“Apabila tiada yang membicarakan tentang Masjid Al-4q54, beliau mengambil inisiatif untuk membangkitkan kesedaran tentang Masjid Al-Aqsa,” katanya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI