Oleh: Tyah Helmi
BANGI, Jumaat – Amerika Syarikat menolak keputusan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Negara Haram, Benjamin Netanyahu bersama bekas Menteri Pertahanannya , Yoav Gallant yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah kemanusian dan perang Gaza.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (AS), John Kirby menyifatkan ia sebagai tindakan Pendakwa Raya ICC, Karim Khan sebagai tergopoh-gopoh dan mendakwa ia sebagai satu kesilapan.
“Amerika Syarikat secara asasnya menolak keputusan Mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap pegawai kanan Israel,”
“ Kami sangat jelas bahawa ICC tidak mempunyai bidang kuasa ke atas perkara ini. Dalam penyelarasan dengan rakan kami termasuk Israel, kami sedang membincangkan langkah seterusnya.” kata Kirby dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Karim Khan memaklumkan ICC yang berpangkalan di The Hague, Netherlands mengambil keputusan untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas Netanyahu dan Gallant pada Khamis di atas pertuduhan jenayah terhadap kemanusiaan dan perang yang dilakukan kira-kira pada 8 Oktober 2023 hingga 20 Mei 2024.
Memetik Agensi Anadolu, tindakan mengeluarkan waran tangkap tersebut turut mendapat suara majoriti oleh negara-negara dan pihak yang berada di dalam Statut Rom yang mahu menolak Israel.
“Kami sangat bimbang terhadap peningkatan keganasan dan pengurangan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat,” katanya seperti yang dipetik di dalam portal media antarabangsa Al-Jazeera.
Menurut laporan itu, ICC mendapati alasan yang munasabah untuk mendakwa Netanyahu dan Gallant sebagai individu yang memikul tanggungjawab terhadap jenayah yang diperlakukan oleh Israel ke atas Gaza serta jenayah terhadap kemanusian iaitu pembunuhan, penganiayaan dan tindakan tidak berperikemanusian yang lain.
Menurut Al Jazeera, angka kematian rakyat Palestin setakat hari ini mencapai sekurang-kurangnya 44,056 manakala 104.286 lagi mengalami kecederaan sejak bermulanya jenayah gen0sid pada 2023 tahun yang lalu.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI