Akaun X TV Pertiwi pula digantung

Akaun X TV Pertiwi digantung

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Jumaat – Akaun rasmi X milik TV Pertiwi telah digantung semalam.

 

Pihak TV Pertiwi dimaklumkan bahawa tindakan itu adalah disebabkan kandungan yang disiarkan melanggar peraturan X’, namun ia tidak dijelaskan secara terperinci.

 

Akaun X yang dibangunkan sejak 2018 itu memiliki lebih 6,600 pengikut dan kandungan yang disiarkan merangkumi berita semasa dan perkembangan terkini melibatkan situasi di Gaza.

 

Sebelum ini, akaun media sosial TV Pertiwi yang lain seperti Facebook, TikTok, YouTube dan Instagram yang banyak menyiarkan kandungan berkaitan Palestin telah berdepan penggantungan tanpa penjelasan secara terperinci.

 

Justeru, orang ramai boleh mengikuti perkembangan berita terkini disertakan kandungan eksklusif di akaun baharu X TV Pertiwi menerusi https://x.com/TvPertiwi.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Syarikat swasta taja kos lawatan PM cetus kebimbangan – MUDA

Next Post

AS selamatkan Netanyahu, Gallant selepas ICC keluarkan waran tangkap

Related Posts