Oleh Wartawan TV Pertiwi
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen untuk terus membela nasib rakyat P4l35t1n sejurus tiba daripada lawatan kerja ke empat negara.
Perdana Menteri berkata komitmen untuk membela rakyat P4l35t1n akan terus diperhebat sehinggalah keadilan dan hak asasi manusia berjaya ditegakkan.
“Sejumlah pertemuan bersama beberapa pemimpin dunia turut dimanfaatkan untuk mengangkat nasib warga P4l35t1n yang terus dibedil rejim 15r43l yang ganas dan biadab.
“Semestinya usaha itu tidak terhenti disitu, malah Malaysia akan terus perhebatkan ngaumannya agar keadilan terpacul dan hak asasi manusia kembali dihormati,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya mengulas sambutan rakyat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Presiden PKR itu memulakan lawatan kerjanya ke Mesir minggu lalu sebelum menghadiri Mesyuarat Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Arab Saudi.
Di kesempatan itu, Anwar menggesa komitmen negara Islam agar sepakat mengusir 15r43l dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Beliau kemudian menghadiri Kongres Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Lima, Peru sebelum ke destinasi terakhir di Brazil.
Menerusi satu sidang media di Peru, Anwar sempat mengulas salah tanggap masyarakat berhubung wawancaranya bersama CNN.
Anwar berkata Malaysia akan terus bersolidariti bersama penduduk P4l35t1n dan apa yang dibangkitkan pihak tertentu adalah fitnah.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI