Oleh Wartawan TV Pertiwi
PAS menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim segera menafikan hak 15r43l untuk wujud jika serius mempertahankan hak rakyat P4l35t1n.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata penafian itu perlu kerana rakyat masih menanti pendirian sebenar Perdana Menteri selepas wawancara bersama CNN.
“Perdana Menteri perlu berhenti bersembunyi dan menafikan tanpa rasa berbelah bahagi menafikan hak 15r43l untuk wujud.
“Rakyat mahukan bukti bukan alasan. Tindakan lebih berkuasa daripada berkata-kata. Buktikan jika saya salah atau akui kebenaran.
“Bertindak sekarang atau biarkan rakyat yang mengadili,” coretnya di laman Facebook miliknya semalam.
Anwar minggu lalu membidas pihak yang memfitnahnya kononnya beliau mengiktiraf hak 15r43l untuk wujud.
Presiden PKR menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan memperbodoh rakyat.
“Politik apa macam ni? Memperbodoh rakyat, menipu, memfitnah atas nama Islam.
“Ini yang disebut penunggang-penunggang agama yang tak reti nak ulas,” katanya kepada pemberita semasa berada di Lima, Peru.
Fadhli berkata sikap Perdana Menteri yang tidak membuat penafian hanya akan mengundang perasaan curiga di kalangan rakyat.
“Berdiam diri hanya menguatkan rasa curiga rakyat. Jika video itu disunting, dakwa mereka yang terlibat,” katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyatakan kesediaan untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan jika apa yang dibangkitkan mengelirukan.
Katanya, Anwar sendiri membuat pengakuan dalam wawancara bersama CNN bahawa 15r43l mempunyai hak untuk wujud dan mempertahankan diri.
“Seharusnya Perdana Menteri perlu lebih tegas ketika menjawab soalan wartawan tersebut sesuai dengan pendirian rakyat kita bersama-sama P4l35t1n.
“Apalah sangat untuk kita menyatakan 15r43l sudah tidak ada hak untuk wujud dalam dunia hari ini kerana diasaskan melalui kezaliman yakni pembunuhan beramai-ramai,” katanya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI