Maklum balas PM berhubung wawancara CNN ibarat cuba alih ‘tiang gol’, dakwa Rafique

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Ahad – Penjelasan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berhubung wawancara bersama CNN baru-baru ini ibarat ‘mengalihkan tiang gol’, kata Ketua Penerangan PEJUANG, Rafique Rashid.

 

Rafique menjelaskan, maklum balas yang diberikan Anwar ketika berada di Lima, Peru berhubung wawanacara itu mengelirukan kerana soalan yang dikemukakan oleh pengacara, Richard Quest adalah tidak sama dengan ulangan soalan yang diungkapkan oleh Perdana Menteri.

 

Rafique berkata, Richard bertanya “but you would accept A: Israel’s right to exist and B: Israel’s right to defend itself” yang bermaksud “tetapi anda terima A: hak Israel untuk wujud dan B: hak Israel untuk mempertahankan diri.

 

Anwar menjawab ‘ya’ bagi kedua-dua jawapan berkenaan.

 

Bagaimanapun, penjelasan Anwar yang diberikan dalam sidang media di Peru itu menyebut “Do you accept the existence of the state of Israel? Do you believe therefore the state can defend itself?” yang mana ia diterjemahkan kepada “Adakah anda terima/akui kewujudan negara Israel? Oleh itu, adakah anda percaya negara itu boleh mempertahankan diri?”.

 

“Ini bukan tentang kewujudan, ini berkenaan hak. Jadi, apabila berkenaan dengan hak, ini tidak boleh diterima langsung oleh Malaysia.

 

“Dia (Anwar) cuba mengalihkan tiang gol dan alasan diberi cuba mengaburi rakyat Malaysia,” kata Rafique kepada TV Pertiwi.

 

Media semalam melaporkan Anwar membidas pihak yang didakwa memfitnahnya mengiktiraf Israel dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab serta memperbodoh rakyat.

 

Jelas Anwar, konteks jawapan yang diberikan dalam wawancara itu merujuk kepada keganasan, kezaliman, penjajahan Israel terhadap rakyat Palestin.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BERJASA selar wakil rakyat DAP persoal kerajaan tidak kecam Hamas

Next Post

Hizbullah sahkan pegawai media terbunuh dalam serangan Israel

Related Posts