Oleh Wartawan TV Pertiwi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Persatuan Islam Peru memuji Malaysia yang sentiasa di hadapan dalam memperjuangkan nasib saudara Islam di P4l35t1n.
Perdana Menteri berkata penghargaan berkenaan disampaikan dalam pertemuannya bersama presiden persatuan itu, Murad Hamida.
“Mereka memuji usaha Malaysia yang sentiasa di hadapan dalam memperjuangkan nasib saudara Islam di P4l35t1n dan Lubnan yang ditindas rejim Z10n15 15r43l.
“Turut dibangkitkan adalah komitmen Malaysia dalam memudahkan urusan pensijilan halal serta membantu pendidikan Islam dan dakwah di kalangan komuniti Islam di Peru.
“Saya turut sampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di sini selain menyerahkan 50 naskah Al-Quran cetakan khas dan terjemahan dalam bahasa Sepanyol,” katanya.
Anwar berkata demikian dalam satu coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas jadual kerja di Kongres Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Lima, Peru.
Komitmen Anwar terhadap solidariti pembebasan P4l35t1n mula dipersoalkan selepas sedutan video wawancaranya bersama CNN tular di media sosial.
Menerusi wawancara itu, Anwar bersetuju 15r43l perlu diberi hak untuk wujud dan mempertahankan diri.
Pendirian Anwar itu mengundang kecaman pembangkang dan badan bukan kerajaan yang menggesa Presiden PKR menarik balik perakuan itu.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI