Lebih 2.7 juta peminjam patut mula bayar balik pinjaman PTPTN – Menteri

Oleh Azzman Jamal

 

BANGI, Selasa – Lebih 2.7 juta peminjam patut mula membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan jumlah keseluruhan RM32.29 bilion.

 

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, jumlah itu adalah setakat 31 Disember 2023.

 

“Sehingga 31 Disember 2023, PTPTN telah meluluskan 3,951,404 pinjaman dengan jumlah keseluruhan dikeluarkan sebanyak RM71.3 bilion.

 

“Daripada jumlah itu, sebanyak 2,716,110 pinjaman telah patut mula dibayar balik dengan amaun patut bayar balik keseluruhan berjumlah RM32.29 bilion,” katanya menerusi jawapan bertulis yang dimuatnaik dalam laman web Parlimen.

 

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong yang meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan hutang keseluruhan terakru atau terhutang pelajar di bawah PTPTN  dan jumlah keseluruhan peminjam Melayu, CIna dan India serta pertusan peminjam setakat 2023.

 

Mengulas lanjut, Zambry berkata, jumlah kelulusan adalah bergantung kepada permohonan yang diterima dan syarat-syarat lain yang dietapkan.

 

“Sebanyak 2,842,682 pinjaman atau 71.9% adalah kaum bumiputera manakala 1,108,722 atau 28.1% pinjaman adalah bukan bumiputera,” katanya.

 

Dalam pada itu, beliau berkata, kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mendapat tawaran ke IPTA, IPTS dan Politeknik dengan meneuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

Katanya, ia tanpa kuota atau peruntukan khusus yang ditetapkan, tertakluk kepada syarat-syarat lain.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Agong gesa Kementerian Pertahanan pandang serius isu buli di UPNM

Next Post

Pendidikan seks kena ada roh agama, dapat kekang masalah zina dan hamil luar nikah

Related Posts