Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan dua pesawat diterbangkan ke Amsterdam untuk ‘selamatkan’ penyokong kelab bola sepak negara haram itu selepas bertembung dengan penyokong pro-Palestin di Belanda.
Kejadian itu berlaku ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak antara Tel Aviv Maccabi dan Ajax Amsterdam.
Menurut laporan media antarabangsa, keputusan itu dibuat Netanyahu selepas mengadakan penilaian situasi bersama menteri luar negeri dan pihak tentera negara haram itu.
“Perdana Menteri (Netanyahu) meminta kerajaan Belanda dan pasukan keselamatan bertindak segera terhadap peserta himpunan (pro-Palestin) demi keselamatan rakyatnya,” demikian menurut laporan media Israel Kan.
Menurut laporan itu, penyokong Maccabi dan peserta himpunan pro-Palestin bertembung dan berlaku pergadungan di bandar berkenaan.
Malah, penyokong Israel juga dilaporkan bertembung dengan polis Belanda beberapa jam sebelum perlawanan bola sepak itu bermula.
Ratusan penyokong Maccabi berkumpul di Dam Square dan turut menyalakan bunga api secara haram sebelum kira-kira 20 orang ditahan pihak berkuasa tempatan kerana mengganggu ketenteraman awam selain merampas bunga api yang dimiliki.
Pertembungan dengan penyokong pro-Palestin dan pihak polis berlaku sebelum perlawanan Liga Eropah itu bermula apabila 200 penyokong Israel cuba merempuh masuk ke stadium.
Pihak polis Belanda berjaya mengawal keadaan sebelum pasukan Ajax menang 5-0 tewaskan pasukan negara haram Maccabi.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI