Keganasan Israel tidak terhenti apabila negara haram itu dilaporkan membunuh lebih 100 orang dalam beberapa siri di Gaza dan Lubnan, demikian laporan media antarabangsa.
Menurut laporan Aljazeera, lebih 50 orang syahid dalam serangan udara Israel di seluruh Gaza yang mana 42 daripada kematian itu dilaporkan di utara Gaza.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Lubnan pula melaporkan 53 rakyat negara itu terkorban manakala 161 lagi cedera disebabkan serangan Israel dalam tempoh 24 jam lalu.
Dalam laporan berasingan, jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stepahine Tremblay mendedahkan bahawa tentera Israel telah menyekat akses makanan dan air bersih terhadap sekitar 75,000 hingga 95,000 rakyat Palestin yang terperangkap di utara Gaza.
Beliau berkata, satu-satunya bantuan kemanusiaan yang dibenarkan negara haram Israel ke kawasan utara Gaza itu adalah pada bulan yang lalu berkaitan bekalan peralatan hospital ketika misi perpindahan diarahkan.
Namun begitu, serangan udara dan operasi darat Israel turut menghalang petugas kesihatan dan sukarelawan untuk tiba ke lokasi bagi membantu mangsa.
Sejak 7 Oktober 2023, dilaporkan seramai 43,469 rakyat Palestin syahid manakala 102,561 lagi cedera akibat serangan berterusan Israel.
Sementarai itu, sekurang-kurangnya 3,103 rakyat Lubnan dibunuh manakala 13,856 cedera disebabkan serangan negara haram Israel di negara itu.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI