Oleh Wartawan TV Pertiwi
Iran menyifatkan pemilihan Donald Trump sebagai presiden baharu Amerika Syarikat (AS) tidak membawa perubahan kepada negara itu.
Presidennya, Masoud Pezeshkian berkata Iran bergantung kepada kekuatan dalaman dan mahu mengukuhkan hubungan sesama negara Islam, lapor BERNAMA.
“Iran tidak mempunyai pandangan yang terbatas dalam mengembangkan hubungan dengan negara-negara lain.
“Pengembangan hubungan dengan negara-negara Islam dan jiran merupakan salah satu keutamaan tertinggi Iran,” katanya.
Trump sekali lagi terpilih sebagai presiden AS selepas meraih lebih 270 undi badan perwakilan yang diperlukan untuk memenangi pemilihan AS 2024.
Calon Republikan itu menewaskan pencabarnya dari parti Demokrat, Kamala Harris dan mengesahkan kedudukannya sebagai presiden AS ke-47.
Pezeshkian berkata negara-negara Islam perlu membentuk kesatuan dalam membantah kezaliman I5r43l di P4l35t1n.
“Jika semua negara dalam dunia Islam bersatu sebagai saudara, I5r43l tidak akan berani melakukan jenayah terhadap rakyat P4l35t1n dan Lubnan yang tertindas,” katanya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI