Oleh: Tyah Helmi
BANGI, Khamis – Pengundi yang menyokong calon presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris mula melemparkan kemarahan mereka kepada pengundi Pro-P4l35t1n.
Tindakan yang menjelekkan itu kerana berasa tidak puas hati terhadap kekalahan Harris menentang calon Republikan, Donald Trump dalam Pemilihan Presiden negara itu.
Memetik Middle East Eye, Parti Demokrat yang diwakili Harris buat pertama kalinya kehilangan undi popular kepada Republikan yang diwakili Trump.
Kebanyakan pengundi Muslim memilih Jill Stein daripada Parti Hijau yang hanya menerima 0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan undi peringkat kebangsaan.
Pengundi taksub Harris menyalahkan pengundi Pro-P4lestin sehingga wujudnya ciapan mahu menghantar bekas wakil AS, Liz Cheney ke Michigan, AS.
Seorang pengundi Harris memuat naik ciapan menyerang pengundi Pro-P4lestin berkata “saya berharap G4z4 dimusnahkan menjadi seperti tempat letak kereta.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI