Johor bakal jadi negeri pertama tawar gaji premium RM5,000

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Tunku Mahkota Ismail memaklumkan Johor akan menjadi negeri pertama menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi.

 

Pemangku Sultan Johor bertitah inisiatif itu akan digerakkan menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor yang dilancarkan pada 3 November lalu. 

 

“Kerajaan negeri Johor menerusi Johor Plantations Group Berhad berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd.

 

“Ia untuk membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusus di negeri ini. Kerjasama ini membabitkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta.

 

“Kerajaan negeri turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura,” titahnya. 

 

Baginda bertitah demikian di laman Facebook hari ini memaklumkan pelaburan strategik itu bernilai kira-kira AS$190 juta (RM829 juta) dibawa masuk ke Johor. 

 

Titahnya, projek-projek baharu ini dijangka akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk bangsa Johor dalam beberapa tahun akan datang.

 

“Dalam masa terdekat juga Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan akan dinaik taraf sebelum dibuka kepada umum.

 

“Ia sebagai usaha menambah nilai pelancongan di Johor Bahru. Kedua-dua bangunan tersebut mempunyai pelbagai sejarah Johor sejak abad ke-19,” titah baginda. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hadi mimpi jumpa Rasulullah petanda PAS kena damai dengan UMNO, kata Puad

Next Post

Pelabur luar juga akan persoal keputusan kerajaan – Rafique

Related Posts