Israel terus sasar hospital, musnahkan sistem kesihatan Gaza

Situasi di Hospital Kamal Adwan selepas diserang tentera negara haram Israel

Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin dibunuh dalam beberapa siri serangan udara  Israel di Gaza.

 

Menurut laporan media antarabangsa, tujuh dilaporkan dibunuh di Beit Lahiya yang terletak di utara bandar Gaza manakala lima lagi di wilayah tengah dan selatan semenanjung itu.

 

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata, tentera negara haram Israel juga telah mensasarkan antara satu-satunya hospital yang masih beroperasi di wilayah utara itu.

 

“Pada masa ini, tentera penjajah Israel terus menjatuhkan bom dan memusnahkan Hospital Kamal Adwan, mensasarkan semua bahagian fasiliti hospital ini,” katanya seperti dipetik laporan Aljazeera.

 

Pengarah hospital itu, Hossam Abu Safieh berkata, situasi di hospital itu begitu dasyat, malah tentera Israel tidak menghubungi pihak hospital itu sebelum melakukan serangan.

 

 

“Beberapa kakitangan cedera dan tidak berupaya meninggalkan hospital ini.

 

“Kami tidak tahu mengapa hospital ini dijadikan sasaran,” katanya.

 

Ini merupakan insiden kedua dalam minggu ini hospital menjadi sasaran tentera Israel.

 

“Hospital kini tidak beroperasi sebagai fasiliti kesihatan. Ia sekadar dijadikan tempat meletakkan orang sakit dan mayat.

 

“Seluruh wilayah utara Gaza kini tiada fasiliti kesihatan yang beroperasi dengan baik. Keseluruhan sistem kesihatan kini sudah runtuh dan orang awam tidak lagi mendapat rawatan sewajarnya,” lapor wartawan Al Jazeera di Deir el-Balah, Hani Mahmoud.

 

Sejak 7 Oktober 2023, seramai 43,374 rakyat Palestin syahid manakala 102,261 lagi cedera, kata Kementerian Kesihatan Palestin. – Aljazeera

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Enggan terpalit 3R, Hassan ulas monopoli 5G U Mobile di Parlimen

Next Post

Anwar lupa, Wan Saiful gesa BERSATU juarai agenda reformasi

Related Posts