Oleh: Tyah Helmi
BANGI, Selasa – Mimpi berjumpa Rasulullah SAW merupakan petanda PAS perlu berhenti bermain politik dan mula berdamai bersama UMNO.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, PAS sudah boleh mula menyertai setelah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi berkongsikan pengalamannya bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW.
Puad menerusi hantar di Facebooknya hari ini, turut mempersoalkan tindakan Hadi yang menceritakan kejadian yang sudah berlaku pada 10 tahun lalu pada masa ini.
“Betullah kata Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari, kenapa kalut Haji Hadi bermimpi jumpa Rasulullah? Soalnya kenapa selepas 10 tahun baru mahu cerita mimpi jumpa Rasulullah,” katanya.
Lantas mendakwa, Ahli Parlimen Marang itu dilihat cuba membuatkan ahlinya dan orang ramai untuk lebih taksub kepada dirinya kerana terpilih berjumpa dengan Rasulullah SAW melalui mimpi.
“Dan apa usaha Haji Hadi melaksana mimpi yang baik itu? Bukan mudah damaikan Sunni dan Syiah sedunia,
“Sudah mula ke belum? 10 tahun telah berlalu,” katanya.
Sebelum ini, tular sebuah video rakaman ucapan Abdul Hadi yang menceritakan bagaimana Nabi Muhammad SAW hadir bertemunya di Rusila Marang selain meminta ahli politik untuk mendamaikan perbalahan antara golongan Sunni dan Syiah.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan, pihaknya telah meminta Pengerusi Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) Datuk Dr Nooh Gadut untuk memberikan penjelasan kepada masyarakat berkaitan isu bertemu Nabi Muhammad SAW.
Tambah Na’im, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu terbabit dalam masa terdekat ini.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI