Oleh Wartawan TV Pertiwi
Datuk Nooh Gadut memohon sedikit masa sebelum mengulas mimpi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemu Nabi Muhammad SAW.
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam itu berkata pihaknya sedang mengumpulkan bahan bagi mengulas isu berbangkit.
“Saya sedang mengumpulkan bahan berkaitan. Beri saya sedikit waktu. Sehari dua.
“Insya-Allah saya akan jawab secara umum kerana ini membabitkan kes besar, fitnah. Saya akan maklumkan kemudian,” katanya kepada Berita Harian hari ini.
Abdul Hadi minggu lalu menceritakan pernah bermimpi bertemu Nabi Muhammad datang ke Masjid Rusila di Marang, Terengganu.
Katanya, Rasulullah hadir bersama para sahabat dengan luka di wajah baginda akibat perang Uhud.
Kejadian dalam mimpi itu diceritakan kepada pemimpin H4m45, Khalil Al-Hayya yang kemudian menafsirkan umat Islam di ambang perpecahan.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI