Oleh Azzman Jamal
BANGI, Isnin – Rakyat Pahang disarankan bersiap sedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok hingga Mac 2025.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sepanjang tempoh MTL, Pahang kelazimannya akan dilanda bencana banjir.
“Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai khususnya mereka yang tinggal di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga.
“Orang juga perlu mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Tambah beliau, kerajaan negeri bersama agensi keselamatan sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir.
“Semoga kita semua dilindungi Allah SWT daripada sebarang musibah dan malapetaka,” ujarnya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI