Enggan terpalit 3R, Hassan ulas monopoli 5G U Mobile di Parlimen

Oleh Kamil Awang 

 

Ahli Parlimen PKR, Hassan Karim berasa terkilan kerana tidak dapat mengulas pemilihan U Mobile sebagai syarikat tunggal dalam membangunkan prasarana 5G kedua. 

 

Hassan berkata pemilihan U Mobile itu akan dibicarakan panjang lebar dalam Dewan Rakyat kerana dibimbangi terkait isu raja, agama dan kaum (3R). 

 

“Insya Allah saya cuba ucapkan di Parlimen lebih selamat. Kena kemudi ucapan secara bijaksana supaya tidak terlanggar 3R, tidak dipanggil pak polisi di bawah Akta Hasutan.

 

“Tidak dimarahi pemimpin parti sendiri. Aduh! Susahnya jadi ahli parlimen masa kini,” katanya dalam satu pesanan ringkas kepada TV Pertiwi. 

 

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu diminta mengulas pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu lalu berhubung pemilihan U Mobile. 

 

SKMM berkata pihaknya sudah melaksanakan proses terperinci daripada aspek teknikal dan komersial untuk memilih U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua.  

 

Hassan berkata projek pembangunan 5G kedua seharusnya diusahakan oleh satu konsortium syarikat telekomunikasi yang berpengalaman luas dan memiliki rekod cemerlang. 

 

“Konsortium syarikat-syarikat telekomunikasi ini secara kolektif akan menbangunkan rangkaian 5G kedua tersebut.

 

“Syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis dan TM boleh membangunkan rangkaian 5G kedua dengan mudah kerana mereka mempunyai sistem dan infrastruktur sedia ada,” katanya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemandu OKU kesal polis tumbuk muka didenda RM1,000

Next Post

Israel terus sasar hospital, musnahkan sistem kesihatan Gaza

Related Posts