Tangani kemelut RUU Mufti dengan tukar mufti, menteri agama – Abu Hafiz

BANGI, Jumaat – Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri Agama kini dianggap perlu ditukar agamawan lain bagi menangani kemelut Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024.

 

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Qur’an dan Sunnah Abdul Hamid A Abu Sulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abu Hafiz Salleh Hudin mencadangkan kepada kerajaan untuk menggantikan Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri Agama yang pada ketika ini kepada tokoh yang lebih baik. 

 

Abu Hafiz berpendapat, tindakan penggantian tersebut dapat menjadi salah satu cara bagi menangani kemelut RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024 dengan baik. 

 

Melihat pada kepincangan RUU Mufti yang tiada noktahnya, beliau menyifatkan semakin jelas bahawa terdapat agenda tertentu oleh pihak yang memperjuangkan RUU tersebut. 

 

Ini kerana katanya, RUU berkenaan didakwa matlamat digubal bukanlah terhad kepada pemilihan mufti di negeri tersebut semata-mata. 

 

 

“Ia bakal dipaksakan bukan sahaja terhadap masyarakat Islam Wilayah Persekutuan tapi disebutkan seperti dalam transkrip ucapan itu, dalam negara ini.”

 

“Ia juga mengesahkan, melalui RUU Mufti Wilayah Persekutuan – akan dengan secara langsung dan tidak – menganggap apa-apa aliran selain yang ingin ditakrifkan dalam RUU itu (al-Asya’irah dan al-Maturidiyah) sebagai sesat,” ujarnya seperti yang dipetik Malaysiakini pada Khamis. 

 

Sebelum ini, tular sebuah rakaman wawancara khas yang memaparkan Mufti Wilayah Persekutuan Persekutuan, Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah menegaskan hanya dua aliran pegangan agama Islam sahaja yang diiktiraf di negara ini, iaitu Asha’irah dan Al-Maturidiyah. 

 

Sumber: Malaysiakini 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Najib berhak mohon lepas tanpa bebas sama macam Zahid – Tun Faisal

Next Post

Henti salah guna, peguam kanan dakwa Akta Hasutan masih relevan

Related Posts