Oleh Wartawan TV Pertiwi
Datuk Seri Najib Razak hari ini diarah membela diri atas 25 tuduhan menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie kes 1MDB.
Keputusan itu dicapai selepas peguam Najib dan pihak pendakwaan selesai memberikan hujah masing-masing bermula Ogos hingga awal bulan ini.
Kes yang dibicarakan sejak lima tahun lalu itu menampilkan lebih 50 saksi sejak ia mula dibicarakan pada Ogos 2019.
Najib, 71, jika didapati bersalah boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah suapan.
Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua orang anak mereka turut dilihat hadir bagi memberi sokongan kepada bekas presiden UMNO itu.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI