MB Pahang luah simpati, doakan Najib

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Rabu – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melahirkan rasa simpati terhadap Datuk Seri Najib Razak atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan bekas Perdana Menteri itu membela diri dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO turut mengharapkan keadilan dapat ditegakkan dengan saksama dan beliau menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan.

 

“Saya percaya Datuk Seri Najib dan pasukan peguam beliau akan menggunakan peluang ini untuk membuktikan kebenaran dan membersihkan nama beliau.

 

“Saya sentiasa mendoakan agar Datuk Seri Najib dan keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang besar ini,” katanya.

 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh permulaan bagi prosiding Najib membela diri. 

 

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh prosiding selama 97 hari yang dijangka berakhir pada 7 November 2025.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel bom utara gaza, bunuh 143 rakyat Palestin

Next Post

Mahkamah beri Najib 97 hari bela diri 25 tuduhan 1MDB

Related Posts