Oleh Wartawan TV Pertiwi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh permulaan bagi prosiding Datuk Seri Najib Razak membela diri.
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh prosiding selama 97 hari yang dijangka berakhir pada 7 November 2025.
Pihak pendakwa raya dijangka akan menawarkan 49 saksi kepada pasukan pembelaan manakala 11 saksi dijangka dipanggil bagi pihak Najib.
Sementara itu, peguam yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata pihaknya berasa sangat kecewa dengan keputusan hakim namun bersedia dengan prosiding pembelaan.
“Kami berasa amat kecewa kerana kami sudah mengemukakan hujah yang kami harapkan akan diberi pertimbangan serius.
“Kami berasakan banyak bukti yang dipertimbangkan hakim berdasarkan keterangan dengar cakap.
“Ini mungkin salah satu kes di mana bukti berdasarkan keterangan dengar cakap diterima sepenuhnya,” katanya dalam sidang media di perkarangan mahkamah hari ini.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI