BANGI, Rabu – Sekurang-kurangnya 143 rakyat Palestin disahkan terbunuh dalam satu serangan di sebuah blok kediaman di utara, Gaza pada Selasa.
Tindakan itu mengundang kecaman masyarakat global ekoran Parlimen negara haram itu melarang Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) beroperasi di Gaza dan Tebing Barat.
Kejadian itu menyaksikan pasukan penyelamat Palestin dan ahli keluarga mangsa bertungkus lumus berusaha mencari mereka yang mungkin terselamat, di sekitar blok lima tingkat itu yang musnah di Beit Lahia yang terletak utara Gaza.
Media antarabangsa melaporkan, keadaan di wilayah itu kini berada dalam situasi terburuk sejak berada diserang Israel pada awal Oktober tahun lalu.
Tambahnya, walaupun jumlah kematian semakin tinggi dan keadaan kemusnahan yang semakin mengerikan buat rakyat Palestin yang tinggal di utara Gaza, rundingan gencatan senjata tetap disambung semula di Qatar.
Menurut Al Jazeera, sesi perbincangan gencatan senjata dijangka tidak akan mendapat kejayaan sementara susulan Israel bertindak mahu menghentikan operasi Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA).
Lapornya, UNRWA merupakan satu-satunya talian hayat utama buat kebanyakan rakyat Gaza yang berjumlah 2.3 juta orang.
Setakat ini, Al Jazeera merekodkan sekurang-kurangnya 43,061 orang terbunuh dan 101,233 lagi mengalami kecederaan dalam serangan Isr4el sejak 7 Oktober 2023.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI