Oleh: Tyah Helmi
BANGI, Selasa – Penyampai televisyen Israel, Danny Kushmaro dilihat teruja apabila diberi peluang oleh tentera negara haram Israel untuk meletupkan sebuah bangunan awam di Lubnan.
Malah, tindakan tidak berperikemanusiaan itu turut dirakam dan disiarkan di seluruh siaran Israel.
Perbuatan terkutuk itu turut mengundang kecaman masyarakat antarabangsa apabila ramai dalam kalangan petugas media di Gaza dan Lubnan mati dibunuh oleh rejim Zionis.
Menerusi klip video dipaparkan, kelihatan Danny yang bekerja di penyiaran berita Channel berpakaian lengkap dengan vest kalis peluru sebelum dia diberi butang peledak untuk meletupkan bangunan terbabit.
Tiada kematian atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, demikian menurut laporan Quds News Network.
Pada Jumaat lalu, tentera negara Israel membunuh tiga wartawan Lubnan ketika dalam serangan yang dilancarkan di Hasbaiyya di Selatan Lubnan.
Mereka terdiri daripada dua jurukamera dan seorang juruteknik apabila premis penginapan mereka menjadi sasaran tentera Israel.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI