Pengeluaran haji dari Akaun Persaraan KWSP tidak dibenarkan – Timbalan Menteri

Oleh Azzman Jamal

 

BANGI, Isnin – Kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada Akaun Persaraan Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), termasuk bagi tujuan menunaikan ibadah Haji.

 

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, ia bagi memastikan pencarum sekurang-kurangnya mempunyai simpanan asas sebanyak RM240,000 demi kelangsungan hidup semasa persaraan.

 

“Meskipun begitu, ahli turut dibenarkan untuk membuat pengeluaran bagi tujuan lain seperti perumahan, insurans hayat, penyakit kritikal, pendidikan, kesihatan serta pengeluaran pada usia 50 tahun melaluu Akaun Sejahtera.

 

“Akaun Fleksibel turut diwujudkan bagi membenarkan ahli membuat pengeluaran bagi apa-apa tujuan pada bila-bila masa,” katanya  pada sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat hari in.

 

Beliau menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Dr Abd Ghani Ahad yang bertanyakan sama ada kerajaan bersedia membenarkan pencarum KWSP terpilih menunaikah Haji boleh mengeluarkan simpanan mereka sebelum mencapai umur persaraan.

 

Mengulas lanjut, Hui Ying berkata, sebanyak 6,070 permohonan pengeluaran Haji daripada Akaun Sejahtera telah diluluskan dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM16.7 juta sejak ia diperkenalkan pada 2013.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan umum tol percuma dua hari bermula tengah malam ini

Next Post

BERJASA desak pecat King Sing sebelum membarah dalam kerajaan

Related Posts