Oleh: Tyah Helmi
BANGI, Khamis – Sikap media Israel yang membisu berhubung isu Gaza menyebabkan masyarakat negara haram itu semakin dahagakan darah rakyat Palestin, kata seorang Ahli Parlimen Israel, Ofer Cassif.
Menurutnya, kebanyakan media Israel semakin menjadi lidah kerajaan negara haram itu sejak 7 Oktober tahun lepas.
“Sikap membisu ini menyebabkan mendorong tindakan kejam dilakukan di Gaza dan mempercepatkan sikap fasis di Israel,” katanya seperti dipetik laporan Aljazeera.
Ofer sebelum ini pernah meluahkan sokongan terhadap Palestin sejak Israel mula melakukan genosid ke atas Gaza susulan operasi Taufan Al-Aqsa.
Berdasarkan laporan media antarabngsa, dia turut menandatangani petisyen yang menyokong Afrika Selatan mahu mengheret Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Israel untuk dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague. – Al Jazeera
#OferCasif #Knesset #Gaza
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI