97,866 peminjam pelajaran MARA disenarai hitam – Timbalan Menteri

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – Seramai 97,866 peminjam pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) disenarai hitam, demikian menurut Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

 

Menurut beliau, jumlah itu merangkumi 49% daripada jumlah keseluruhan 197,348 peminjam aktif.

 

Rubiah berkata, tindakan senarai hitam itu dikenakan ke atas peminjam yang tidak dapat membayar semula dalam tempoh tiga bilan.

 

“MARA melaksanakan proses senarai hitam sebagai satu langkah pengukuhan kepada pembayaran pinjaman MARA.

 

“Ia cuma terangkum dalam pemgurusan MARA, tidak melibatkan agensi atau ekosistem lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang bertanya mengenai jumlah peminjam yang disenarai hitam.

 

Mengulas lanjut, Rubiah berkata, pelajar yang ingin membuat pinjaman MARA masih dibenarkan meskipun ibu bapa mereka tergolong dalam kumpulan peminjam yang disenarai hitam menerusi rundingan.

 

“MARA mengambil pelbagai kaedah, asalkan bayar.  Jumlah ansuran boleh dikurangkan.

 

“Untuk pastikan pinjaman pelajar diluluskan, pinjaman ibu bapa tidak semestinya dilangsaikan keseluruhan, (hanya) bayar tunggakan sahaja,” tambah beliau.

 

 Sementara itu, Rubiah memaklumkan setakat 23 September lepas, seramai 96,857 pelakar menerima kemudahan tajaan pinjaman pelajaran MARA di dalam dan luar negara.

Katanya, daripada jumlah itu, 90,919 pelajar adalah dari dalam negara maka 5,938 pelajar lagi dari luar negara.

 

“Kutipan pada 2023 adalah sebanyak 100% berdasarkan sasaran yang ditetapkan.

 

“Bagi 2024, setakat suku ketiga, peratusan kutipan bagi pinjaman pelajaran sudah mencapai 70% daripada jumlah sasaran yang ditetapkan untuk tahun ini,” ujarnya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiada risiko kejadian lubang benam di Klang – Menteri

Next Post

Sikap membisu media Israel dorong genosid di Gaza

Related Posts