BANGI, Rabu – Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zhong) tidak setuju dengan penyelarasan silibus subjek Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC).
Perkara itu diluahkan dalam pertemuan antara Jioo Zong dan Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru-baru ini.
Terdahulu, dalam pertemuan itu Jiao Zong dan Dong Zong turut berkongsikan pelbagai isu termasuk masalah kekurangan guru di SRJKC dan isu berkenaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee berkata, tiga isu telah diutarakan dalam perbincangan dengan Fadhlina dan pihaknya berpuas hati dengan pertemuan tersebut.
“Pertama, kami meminta kementerian menghentikan rancangan untuk menukar cikgu-cikgu berpengalaman. Kedua kami nyatakan tidak bersetuju dengan penyelarasan silibus subjek Bahasa Melayu untuk sekolah kebangsaan dan SRJKC.
“Ketiga, kami meminta perhatian diberikan kepada masalah kekurangan cikgu di SRJCK,” katanya kepada Sinchew Daily seperti dilaporkan Malaysia Gazette.
Pada masa sama, Pengerusi Dong Zong, Datuk Tan Yew Sing pula menyampaikan pendapat mengenai isu pengiktirafan UEC.
Katanya, Dong Zong berharap pertemuan itu merupakan permulaan kepada lebih banyak program seumpama.
Sumber: MalaysiaGazette
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI