BANGI, Selasa – Sebuah syarikat penyiaran TV Arab Saudi, MBC dikecam hebat oleh penyokong Pro-Palestin kerana menyiarkan laporan berita yang melabel Allahyarham Yahya Sinwar sebagai pengganas.
Memetik laporan Portal Financial Times, MBC disiasat pengawal selia media Arab Saudi sejurus salurannya menyiarkan laporan yang menggambarkan pemimpin Hamas
Berdasarkan hasil siasatan, pengawal selia media Arab Saudi mendapati syarikat penyiar MBC tersebut diasaskan oleh sebuah syarikat konglomerat yang berpangkalan di London.
Difahamkan, Iraq turut mengambil tindakan yang sama iaitu menggantung serta merta pelesenan penyiaran milik cawangan MBC yang menduduki di Baghdad.
Ujarnya, cawangan berkenaan turut menyiarkan pelaporan yang sama sehingga menyebabkan beberapa penunjuk perasaan mula menyerbu pejabat mereka sejurus ia disiarkan di negara itu.
Penunjuk perasaan turut didapati memecah masuk pejabat berkenaan sehingga memecahkan komputer dan peralatan yang pada Jumaat.
Pengawal Selia Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, penyiaran TV berkenaan telah melanggar peraturan penyiaran media dan menyerang ke atas para syuhada yang berjuang dalam pertempuran dalam menentang entiti Zi0nis.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI