BERSATU kesal kapal China ceroboh lagi lepas sambutan meriah

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Ahli Parlimen BERSATU kesal tidak sampai dua minggu sambutan meriah terhadap kelasi Tentera Laut China, kapal negara itu sekali lagi menceroboh perairan negara. 

 

Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata pencerobohan kapal China itu menyebabkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpaksa mengambil langkah pencegahan.  

 

“Hari ini kapal pengawal pantai China CZG5102 menceroboh Zon Maritim Malaysia dengan berlabuh secara haram di Beting Patinggi Ali.

 

“Tidak sampai dua minggu Pulau Pinang memberi layanan luar biasa kepada kelasi kapal Tentera Laut China yang berlabuh di Pulau Pinang pada 8 Oktober lalu,” katanya.

 

Ahli Parlimen Tanah Merah itu berkata demikian ketika mengajukan soalan kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari di Dewan Rakyat hari ini. 

 

Katanya, Kementerian Pertahanan diminta memberi penjelasan situasi sebenar kekerapan kapal pengawal pantai China itu mencerobohi perairan Malaysia.  

 

“Berapakah jumlah nota bantahan diplomatik yang sudah dikemukakan TLDM kepada pihak Wisma Putra untuk dibangkitkan protes negara secara rasmi kepada China?

 

“Kita alu-alukan semua negara termasuk negara China untuk buat ‘port call’, kerana bila mereka datang mereka ‘shopping’, berbelanja. 

 

“Tetapi negara lain tidak ceroboh negara kita, yang ceroboh negara kita adalah daripada negara China,” katanya. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Situasi di Laut China Selatan selamat, terkawal dan bebas kepada komuniti maritim – Adly

Next Post

Strategi Israel bunuh pemimpin Hamas, Hizbullah akan makan diri.

Related Posts