Undi tidak percaya pilihan 220 Ahli Parlimen, kata peguam kanan

Oleh Kamil Awang

 

Muhammad Haniff Khatri Abdulla menggesa 220 Ahli Parlimen membuat keputusan susulan pendedahan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

 

Peguam kanan itu berkata 220 Ahli Parlimen mempunyai pilihan untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan pendedahan Shamsul Iskandar Md Akin.

 

“Ini untuk ahli politik berdebat dan berbincang bagi menentukan pandangan mereka masing-masing.

 

“Sekiranya 220 Ahli Parlimen berpandangan ia menunjukkan nilai moral kerajaan sudah jatuh maka mereka berhak menentukan cara terbaik mencabar majoriti Perdana Menteri di Parlimen.

 

“Ia tiada kaitan dengan perundangan secara khusus kerana kerajaan sudah dibentuk dan Perdana Menteri sudah mengangkat sumpah,” katanya kepada TV Pertiwi.

 

Beliau mengulas pendedahan Shamsul Iskandar menerusi audio siar yang tular di media sosial.

 

Shamsul Iskandar mendakwa beliau dihubungi Anwar pada malam penjumlahan undi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) memintanya agar tidak meneruskan proses kiraan undi semula.

 

Beliau berkata Anwar membuat permintaan itu kerana Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah pun membuat perjanjian untuk membentuk kerajaan campuran.

 

Katanya, jika bilangan kerusi yang dimenangi Barisan Nasional dijumlahkan dengan kerusi Pakatan Harapan maka satu kerajaan campuran dapat dibentuk.

 

Haniff Khatri berkata dengan pendedahan Shamsul Iskandar maka terbuktilah idea kerajaan campuran timbul lebih awal pada malam PRU15.

 

“Kedua-dua mereka [Anwar dan Zahid] menafikan perkara tersebut dan mengatakan kononnya kerajaan campuran dibentuk atas permintaan Yang di-Pertuan Agong.

 

“Adakah kenyataan Shamsul ini menunjukkan sudah ada tujuan antara Anwar dan Zahid sebelum keputusan pilihan raya?” soalnya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Purata dua kes kanak-kanak hilang sehari, 770 kes setahun direkodkan – KDN

Next Post

Pekerja kontraktor, anak saudara didakwa berpakat bersama bunuh Sabari

Related Posts