Serangan Israel di Lubnan bunuh 27 orang termasuk Datuk Bandar

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, Khamis – Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan serangan Israel di seluruh Lubnan telah membunuh 27 orang dan mencederakan 185 dalam tempoh 24 jam yang lalu termasuk di Nabatieh dengan sekurang-kurangnya 16 terbunuh termasuk Datuk Bandar, Ahmad Kahil.

 

Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati mengecam serangan itu sambil berkata, Israel “sengaja” menyasarkan ahli mesyuarat majlis.

 

Serangan itu adalah yang paling ketara terhadap bangunan negara Lubnan sejak peningkatan terbaru dalam pertempuran yang bermula kira-kira dua minggu lalu dan telah menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan infrastruktur Lubnan.

 

Sementara itu, Penyelaras khas Pertubuhan Banggsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Lubnan, Jeanine Hennis-Plasschaert menyelar tindakan pembunuhan Datuk Bandar itu dan menyifatkan sebarang pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa adalah tidak boleh diterima sama sekali.

 

Serangan sebelumnya terhadap Nabatieh sejak beberapa hari lalu telah memusnahkan bangunan bersejarah, termasuk pasar era Uthmaniyyah sejak 1910.

 

Dalam perkembangan lain, Israel juga melancarkan sekurang-kurangnya satu serangan udara terhadap Beirut pada hari Rabu.

 

Jurucakap tentera Israel memberi alasan, tenteranya telah melancarkan serbuan menyasarkan berpuluh-puluh sasaran Hizbullah di Lubnan dan memusnahkan terowong yang digunakan oleh kumpulan yang disokong Iran.

 

Beberapa negara Barat telah mendesak gencatan senjata antara kedua-dua negara berjiran itu, serta di Gaza, walaupun Amerika Syarikat berkata ia terus menyokong Israel dan menghantar sistem antipeluru berpandu dan tentera.

 

Sumber : BBC & SCMP

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi 

 

#Lubnan #DatukBandar #PBB

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

JMWP komited anjur libat urus bincang RUU Mufti Wilayah

Next Post

Tiada pegawai kerajaan, pemimpin politik terlibat – Menteri

Related Posts