GISBH: Penyelewengan dari aspek akidah, syariah dan akhlak – Menteri

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Selasa – Global Ikhwan Services & Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) didapati melakukan penyelewengan melibatkan akidah, syariah dan akhlak, tasawuf atau muamalat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

 

Menurut beliau, ia dikenal pasti menerusi sesi temu bual bersama saksi semasa mereka berada dalam Al-Arqam, Rufaqa dan GISBH.

 

Kata Mohd Na’im, penyelewengan dari aspek akidah ialah apabila mereka yakin munculnya Imam Mahdi yang ghaib selama ini yang merujuk kepada Syeikh Suhaimi.

 

Selain itu, katanya, Fata At-Tamimi (Pemuda Bani Tamim) merujuk kepada Abuya Ashaari Muhammad yang juga ghaib dan akan muncul bersama Imam Mahdi iaitu Syeikh Suhaimi sebagai pembantunya di akhir zaman nanti. 

 

Pada masa sama, pengikut itu yakin semua ahli akan selamat di dalam kubur kerana dibantu syafaat Abuya Ashaari Muhammad untuk menjawab soalan Munkar Nakir.

 

“Dari sudut syariah, jemaah telah didoktrin untuk memohon kebekatan bukan lagi kepada Abuya tetapi kepada kepimpinan seperti Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik.

 

“Amalan bertabarruk iaitu mengharapkan berkat daripada Allah dengan perantara melalui air basuhan tangan, tisu dan kain yang digunakan oleh pemimpin, air rendaman baju, rambut, janggut dan darah bekam pimpinan dan bekas pimpinan.

 

“Melaksanakan solat Jamak setiap hari dan tidak melaksanakan solat Jumaat.

 

“Pasangan yang telah ditentukan untuk berkahwin perlu melalui pelaksanaan dua kali majlis akad perkahwinan iaitu akad perkahwinan syarie yang diadakan oleh peimpin yang berwakilkan wali dan akad perkahwinan secara perundangan yang dilaksanakan oleh pendaftar nikah atau imam yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam negeri,” katanya 

 

Beliau berkata demikian pada sesi Penerangan Menteri mengenai perkembangan dan tindakan di peringkat JPM (Hal Ehwal Agama) berkaitan isu GISBH, di Dewan Rakyat hari ini. 

 

Menjelaskan penyelewengan dari sudut akhlak tasawuf dan muamalaf, Mohd Na’im berkata, tempat suami isteri dan anak-anak bnerusia dua tahun dipisahkan manakala pengikut yang keluar daripada GISBH tidak dibenarkan berjumpa dengan isteri, anak ibu dan bapa.

 

Katanya, sekiranya suami keluar dari jemaah, akan dianggap terputus dari jemaah dan isteri serta anak-anak adalah hak jemaah dan sebaliknya. 

 

Selain itu, pengikut diminta untuk berkorban dan memerah keringat dalam serba kekurangan tanpa gaji untuk kepentingan GISBH ketika pemimpin mereka hidup mewah dan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat.

 

“Rumah amal yang dianggarkan lebih dari 100 buah di seluruh Malaysia ditubuhkan bagi meletakkan anak-anak kepada jemaah GISBH dengan tujuan menjana pendapatan melalui derma dan infak orang ramai dengan hujah mereka smua adalah anak-anak pejuang fi Sabilillah.

 

“Remaja Pembela Ummah (RPU) yang diketuai oleh Mohd Adib At-Tamimi Ashari dan anak-anak pemimpin hari ini dilihat sebagai kumpulan orang muda dari GISBH.

 

“Mereka sanggup melakukan apa sahaja menurut arahan kepimpinan atasasn termasuklah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang seperti memeras ugut dan sebagainya,” ujarnya.

 

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, sekolah di bawah GISBH tidak menggunakan silibus yang ditetapkan oleh Majlis Agama islam negeri termasuk pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JASI).

 

Selain itu, katanya, taktik mengugut dan kuarantin digunakan sebagai senjata bagi menghukum ahli yang ingkar terhadap arahan pimpinan tertinggi dan kebanyakan kanak-kanak dibesarkan dalam rumah amal dipisahkan daripada ibu bapa mereka sejak usia dua tahun.


 

Sementara itu, Mohd Na’im berkata, Perdana Menteri telah mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menerajui dan menyelaras bagi memastikan tindakan terhadap GISBH dapat dilakukan secara menyeluruh, terancang dan terselaras dengan kerjasama semua agensi terlibat termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

NGO Melayu gesa Belanjawan 2025 angkat wadah IKS, Bumiputera

Next Post

Menteri Agama nafi RUU Mufti digubal tergesa-gesa, dipengaruhi pihak tertentu

Related Posts