Ahli Parlimen terperangkap banjir, sidang Dewan Rakyat bermula lewat

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Selasa – Sidang Dewan Rakyat pagi ini ditangguh untuk dimulakan lewat apabila ramai daripada Ahli Parlimen terperangkap akibat banjir ekoran hujan lebat.

 

Justeru, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, persidangan hari ini akan bermula pada pukul 10.30 pagi.

 

“Ahli Yang Berhormat, di luar sana hujan lebat dan beberapa jalan telah naik banjir dan ramai daripada ahli yang Berhormat telah terperangkap dalam banjir tersebut.

 

“Oleh demikian, saya menggunakan Peraturan Mesyuarat 12(2) untuk menangguhkan mesyuarat ini sehingga jam 10.30 pagi,” katanya di Dewan Rakyat pagi ini.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hutang naik, Kadir gesa kerajaan segera laksana Cukai Warisan

Next Post

Dakwaan Shamsul mampu cetus siasatan SPR, kata anak Zahid

Related Posts